WELCOME!!

WELCOME!

31 August 2010

SEBAB

Setiap perbuatan, pasti ada balasan. Yang buruk, dibalas buruk, yang baik dibalas baik. Begitulah lumrah kehidupan. Bukan sahaja dikaitkan dengan manusia, malahan dengan binatang. Seekor monyet berebut sebiji pisang, pasti mengundang pergaduhan.Lihat lah apa yang Tuhan telah sediakan. Semuanya bersebab. 

Namun, berapa ramaikah antara kita yang sedar tentang semua ini? Memang tidak dinafikan kita selalu lupa dan alpa tentang sebab musabab ini. Kita akan sedar bila balasan atau hukuman datang menimpa. Tuhan selalu ingatkan makhluknya dengan cara ini.

Pernahkah anda sedar Tuhan ingatkan makhluknya. Senang, bila kita sering meninggalkan suruhannya, pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kecil mahupun besar. Bila meninggalkan solat, berselisih faham dengan rakan. Pernahkah anda melalui semua ini? Tuhan maha kaya. Jika kita tidak mengalami situasi sebegini, pasti ada perkara lain yang berlaku. Namun, tidak ramai antara kita sedar tentang sebab. Kita sering mengaitkan apa yang terjadi dengan kehidupan sekeliling, bukan dengan Tuhan.

Sebab dan musabab ini tidak semestinya yang buruk-buruk belaka. Banyak yang baiknya. Kita akan disukai ramai jika selalu berbuat kebaikan. Begitu juga dengan Tuhan.Tuhan akan membalas setiap kebaikan yang kita lakukan didunia mahupun diakhirat. Rezeki akan bertambah bilamana kita bertahajjud pada Allah. Sungguh indah hukum yang telah Allah jadikan. Renungi dan hayati.

No comments:

Post a Comment