WELCOME!!

WELCOME!

21 September 2010

BERKAT

Di dalam hidup manusia yang paling penting adalah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat, rumah tangga jadi sepakat. Apabila rumah tangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita akan jadi kuat. Apabila negara kita jadi kuat, negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan pun menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Ketika itu manusia mula mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat orang baik bertukar jahat. Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.

 Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat madu telan minyak gamat.

YANG LELAKI,
Budak-budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi percaya unsure kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut panjang pun tak berikat.

YANG PEREMPUAN,
Pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat..(apa dapat). Suka sangat tunjuk pusat hingga tak peduli lagi batasan aurat. Pakai pula yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak bernda ‘bulat’. Bila dah jadi macam ini siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya boleh jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adab. Usah takut Allah dan Malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita ‘buktikanlah’ kita buat. Akhirnya perut kempis jadi bulat.



Apabila perut kempis jadi bulat, maka lahirlah anak yang tak cukup sifat. Bila anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang merata-rata tempat.


MAKNANYA KETIKA ITU IBLIS MULA MELOMPAT,
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, marilah kita pakat mengingat, bahawa dunia ini semakin singkat, esok lusa mungkin kiamat. Sampai masa kita semua berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Disana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa itu sendiri mau ingat. Umur mu banyak mana, berapa banyak buat ibadat..? Zaman muda  mu, apa yang telah kamu buat..? Harta benda mu, dari mana dapat..? Ilmu mu, adakah manafaat..? Sebagai sesame insane sama-samalah ingat-mengingat. Semoga ianya dapat maningatkan kita supaya segera maninggalkan maksiat dan perbanyakkan ibadat. (petikan ucapan Ustaz Akill Hayy Rawa)  

03 September 2010

Masalah

Sering kali dilanda masalah, berbagai-bagai cara menyelesaikannya. Baik mahupun buruk. Beruntunglah kepada siapa yang menyelesaikan masalah dengan akal. Rugi bagi sesiapa yang menyelesaikan masalah mereka dengan nafsu.

Masalah yang kecil mahupun besar diakui mempunyai cara penyelesaian mengikut kaedah masing-masing. Ada yang berbincang semula, ada yang membawa diri, ada yang melepaskan  geram dan yang paling dahsyat sekali membunuh diri-Nauzubillah. Sedar atau tidak, penyelesai segala masalah adalah penciptanya-Tuhan Maha Besar.

Jadi, segala masalah mestilah dirujuk, dirintih, dipinta dari Allah. Dengan izinNya, masalah kita akan selesai. Memang diakui tidak ramai antara kita yang sedar akan perkara ini. Jadi, jadilah yang terbaik.

01 September 2010

Kaitan

Allah jadikan seluruh alam ini untuk makhluk-makhlukNya. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan alam dicipta untuk diteroka manusia. Banyak kejadian yang berlaku disekeliling manusia. Kejadian-kejadian itu termasuklah, kejadian manusia sesama manusia, manusia sesama alam dan manusia dengan Penciptanya. Manusia dengan manusia. Terlalu banyak rasanya. Perasaan cinta, benci, hasad, suka, marah boleh terjadi antara manusia sesama. Manusia dengan alam. Gempa bumi, banjir, semuanya boleh dikatakan berpunca dari manusia. 

Namun, berapa ramaikah antara kita yang mengaitkan setiap kejadian yang berlaku ini dengan Penciptanya? Memang diakui, manusia telah jauh lupa dengan semua ini. Mudah, apabila demam, bila ditanya sebabnya, terkena hujan. Jika Tuhan tidak mengizinkan kita demam, adakah kita akan demam?Tuhan yang jadikan demam, bukan hujan atau lain-lain. Pernahkan anda haus dan minum air dengan banyak namun tidak juga hilang haus itu? Pelik kan? Tuhan juga lah yang menghilangkan haus kita, bukan air. Semua kejadian ada kaitan dengan Tuhan. Kita lupa semua ini. Kita kaitkan apa yang berlaku dengan apa yang ada disekeliling. Padahal, Tuhan yang jadikan semua itu. Betulkan diri dengan Tuhan, betul lah hidup kita. Sekian

31 August 2010

SEBAB

Setiap perbuatan, pasti ada balasan. Yang buruk, dibalas buruk, yang baik dibalas baik. Begitulah lumrah kehidupan. Bukan sahaja dikaitkan dengan manusia, malahan dengan binatang. Seekor monyet berebut sebiji pisang, pasti mengundang pergaduhan.Lihat lah apa yang Tuhan telah sediakan. Semuanya bersebab. 

Namun, berapa ramaikah antara kita yang sedar tentang semua ini? Memang tidak dinafikan kita selalu lupa dan alpa tentang sebab musabab ini. Kita akan sedar bila balasan atau hukuman datang menimpa. Tuhan selalu ingatkan makhluknya dengan cara ini.

Pernahkah anda sedar Tuhan ingatkan makhluknya. Senang, bila kita sering meninggalkan suruhannya, pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kecil mahupun besar. Bila meninggalkan solat, berselisih faham dengan rakan. Pernahkah anda melalui semua ini? Tuhan maha kaya. Jika kita tidak mengalami situasi sebegini, pasti ada perkara lain yang berlaku. Namun, tidak ramai antara kita sedar tentang sebab. Kita sering mengaitkan apa yang terjadi dengan kehidupan sekeliling, bukan dengan Tuhan.

Sebab dan musabab ini tidak semestinya yang buruk-buruk belaka. Banyak yang baiknya. Kita akan disukai ramai jika selalu berbuat kebaikan. Begitu juga dengan Tuhan.Tuhan akan membalas setiap kebaikan yang kita lakukan didunia mahupun diakhirat. Rezeki akan bertambah bilamana kita bertahajjud pada Allah. Sungguh indah hukum yang telah Allah jadikan. Renungi dan hayati.

Disiplin Yang Sejati


               Sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Sampai waktu kita sembahyang
Bila sembahyang,
Bolehkah kita mendisiplinkan diri tidak sembahyang seorang?

Di dalam pergaulan, sanggupkah kita mengutamakan orang?
Orang tersilap dan tersalah kita maafkan
Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya
Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manafaatnya
Kalau orang menghina, kita diam sahaja atau tidak menjawabnya
Inilah di antara disiplin dalam pergaulan

Waktu lapang, adakah kita berfikir atau membaca?
Atau menulis ilmu pengetahuan atau berzikir
Agar masa tidak sia-sia dan terbuang
Mampukah kita mendisiplinkan diri
Tidak mengata orang kecuali di sudut yang di benarkan

Kalau hendak tidur,
Mampukah kita tidak tidur selepas Subuh dan Asar?
Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur sebagai kebiasaan
Tapi tidur di waktu siang iaitu qialullah sebelum Zuhur adalah digalakkan

Apabila makan tidak suka makan seorang
Tunggu juga cari kawan sekalipun seorang

Bila mencari rezeki, cari yang halalnya
Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya

Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan
Tertutup aurat badannya
Sifat-sifat mazmumah dijauhi
Terutama sombong dan hasad dengki
Bakhil dan tamak ditakuti
Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci

Itulah sebahagian disiplin orang mukmin
Banyak lagi,
Setakat ini, sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Inilah dia disiplin yang sejati.

30 August 2010

Yang terindah

LIRIK YANG TERINDAH
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

29 August 2010

Teman

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar