WELCOME!!

WELCOME!

31 August 2010

Disiplin Yang Sejati


               Sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Sampai waktu kita sembahyang
Bila sembahyang,
Bolehkah kita mendisiplinkan diri tidak sembahyang seorang?

Di dalam pergaulan, sanggupkah kita mengutamakan orang?
Orang tersilap dan tersalah kita maafkan
Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya
Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manafaatnya
Kalau orang menghina, kita diam sahaja atau tidak menjawabnya
Inilah di antara disiplin dalam pergaulan

Waktu lapang, adakah kita berfikir atau membaca?
Atau menulis ilmu pengetahuan atau berzikir
Agar masa tidak sia-sia dan terbuang
Mampukah kita mendisiplinkan diri
Tidak mengata orang kecuali di sudut yang di benarkan

Kalau hendak tidur,
Mampukah kita tidak tidur selepas Subuh dan Asar?
Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur sebagai kebiasaan
Tapi tidur di waktu siang iaitu qialullah sebelum Zuhur adalah digalakkan

Apabila makan tidak suka makan seorang
Tunggu juga cari kawan sekalipun seorang

Bila mencari rezeki, cari yang halalnya
Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya

Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan
Tertutup aurat badannya
Sifat-sifat mazmumah dijauhi
Terutama sombong dan hasad dengki
Bakhil dan tamak ditakuti
Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci

Itulah sebahagian disiplin orang mukmin
Banyak lagi,
Setakat ini, sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Inilah dia disiplin yang sejati.

No comments:

Post a Comment